Add Me,Nur Imani at Facebook,Follow me NuRiMaNi_ at Twitter,Follow my Blog too ! I'll Follow You Back ! :)


~"Kenapa Tidak Siti Mati Je?"~

Cerita 10 tahun yang lalu di bangku sekolah aku punyai seorang teman rapat.Namanya Siti Maslina. Seorang pelajar yang sangat sederhana, pendiam, berbicara hanya bila perlu tapi dia seorang yang sangat baik denganku. Ku jadikan dia sahabat sejati ku.

Suatu hari dia mendatangiku dengan suasana suram menyelaputi seluruh raut wajahnya itu. Sungguh aku berdebar melihat wajahnya begitu rupa. Seperti ada sesuatu yang terlalu berat ditanggung olehnya. Aku beriringan dengannya ke belakang sekolah,tempat kami selalu berbicara di waktu rehat sesi persekolahan.

Sekilas,aku memandang wajahnya, aku terlihat kilatan air jernih berkaca di matanya.''Kenapa?''Aku tertanya-tanya.Berbagai-ba
gai yang bermain difikiranku. Kenapa sahabatku ini menitiskan air mata. Setelah aku mendesak berulang kali, akhirnya dia mengakui dia tertekan dengan kehidupan ini. Dia menceritakan mengenai keluarganya yang berpecah belah akibat perpisahan antara ibu dan ayahnya, Ayahnya yang menghilangkan diri entah kemana. Ibunya yang menyalahkan dirinya atas segalanya yang terjadi. Dan keluarga yang tidak lagi menghargai dirinya.

Baginya semua orang boleh menghinanya tetapi dia tidak dapat menerima kenyataan apabila ibunya sendiri tidak dapat menerima dirinya. Kenapa? Dia merintih dan dengan sendirinya aku terasa kepedihan itu.

"Kenapa tidak Siti mati je sebelum ibu lahirkan Siti??" Aku terkejut dengan sebaris ayat tiba-tiba keluar dari mulutnya.

''Kenapa tidak Siti mati sebelum besar untuk terpaksa mendengar penghinaan dari ibu sendiri??''

Aku tersedu,perlahan kusekat air mata yang hampir mengalir di mataku. Aku melihat dia,sahabatku yang kini tanpa segan silu meratapi nasibnya dihadapanku.

Kini dia merasakan ingin mati itu adalah lebih baik. Benar-benar ingin mati. Kalau dulu dia masih boleh bertahan,tapi kini dia tak dapat lagi menahan perasaan itu.

Dan aku mengucap panjang di hadapannya meminta agar dia bersabar hanya itu yang mampu aku katakan kerana aku rasakan "Setiap sesuatu itu adalah dugaan kerana Tuhan tidak menguji sesuatu hamba setelah Dia tahu hamba pasti mampu menghadapinya".Aku dengan tekun menjadi pendengar setia, aku tak mampu untuk menasihati lebih daripada itu, bermain di fikiran ku. ''Adakah dengan perkataan sabar akan melupakan niatnya untuk mati iaitu dengan cara membunuh diri?''.Sungguh aku tak tahu.

Segalanya aku berserah pada Allah yang lebih berkuasa. Saat dirinya meluahkan isi hatinya setelah penat berbicara, loceng pun kedengaran tanda tamatnya waktu rehat, dengan perasaan sebak di dadaku lantas aku hanya mampu berkata,"Tunggu aku esok,disini." Dan setelah itu tanpa sepatah kata aku melihat dia melangkah pergi.

Sungguh malam itu aku tidur tidak lena,aku pusing ke kanan,pusing ke kiri. Aku tak mampu untuk melenakan mata ku ini, sedang bermain di fikiran ku temanku sedang berduka cita menyiapkan diri untuk mati. Aku bangun,aku tak tahu apa aura yang mendorong aku, mencapai selembar kertas dan sebatang pen, lantas sebagai tajuknya, kutuliskan; "Kenapa Siti Maslina Tak Patut Mati."

Benar,aku tak tahu kenapa tanganku tidak dapat berhenti mencoret, menulis sebab-sebab kenapa Siti tidak patut mengharap untuk mati. Tanpa sedar sudah 70 alasan yang aku kemukakan padanya agar dia tekun membacanya.Pada 5 alasan terakhir yang aku berikan merupakan alasan yang paling aku ingat sehingga kini;

71. Kau berjanji padaku, kita akan sama-sama ke Universiti
72. Kau berjanji padaku, kau akan bawa aku ke pergunungan Alps dan kita akan bermain ski bersama-sama.
73. Kau berjanji padaku, kau akan sentiasa denganku saat tawa dan tangisku.
74. Kau harus berjanjikan terus taat pada Tuhanmu jika kau penat dengan dunia.
75.Kau berjanji padaku ,kau akan hidup kerana dirimu, bukan kerana orang lain.

Lantas setelah selesai menulis, aku melipat kertas itu dan memasukkanya ke dalam envelope.
Esoknya,dia menunaikan janji kami,menunggu ditempat kami selalu bertemu. Lantas,tanpa berbicara aku memberikan sampul surat itu padanya, dia mengambil tanpa melihat isinya dan terus berlalu tanpa berkata. Sungguh aku terluka saat itu. Terluka dengan perlakuannya,terluka kerana melihat matanya yang langsung tidak memandang ku.Tidak sama seperti dahulu. Sungguh Tuhan ,hatiku luluh bila melihat dirinya sebegitu.

Sejak hari itu, aku tidak lagi bertemu dengannya. Aku mendapat khabar bahawa dia telah berpindah sekolah kerana mengikut bapa saudaranya ke bandar. Tidak sempat untuk aku melambai tangan tanda ucapan selamat tinggal, sungguh aku terkilan. Aku mendengar khabar yang dia ke utara untuk tinggal dengan ibu dan bapa saudaranya. Namun,semua itu tak dapat disahkan. Dan aku,terus merinduinya sebagai seorang sahabat.

10 tahun berlalu,dan masing-masing sudah banyak berubah. Dan aku,sebagai seorang Motivator yang berjaya.Syukur Alhamdulillah, aku sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dan seminar-seminar di merata tempat. Hari itu, aku baru sahaja pulang dari sebuah sekolah yang menjemput aku untuk memberikan motivasi kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Setibanya aku di pejabat, aku diberitahu oleh setiausahaku bahawa ada seseorang yang menungguku di dalam pejabat. Hatiku tertanya-tanya."Siapa yang ingin berjumpa dengan ku? Sungguh aku tak tahu."

Berdebar hatiku, kenapa? Aku membuka pintu pejabatku,dan melihat berdirinya seorang gadis tinggi lampai dihadapanku, manis berbaju kurung bunga,siapakah gadis ini? Seperti pernah kulihat raut wajahnya. Aku hanya berpura-pura biasa, memberikan salam lantas menjemput dia duduk. Dia duduk sambil tersenyum.

Dia berkata;
"Kau tak mengenali diriku Azman?" aku hanya mengerutkan dahi.
"Kau memang tak pernah berubah, sentiasa mengerutkan dahimu jika berfikir,"
"Benar saudari, saya tak mengenali saudari," setulus hati aku menjawab soalannya.
Dia tersenyum,dan senyuman bersama lesung pipit di pipinya itu mengingatkan aku pada dia, "Ini aku Siti Maslina, sahabat mu waktu sekolah dahulu,"
Ya Tuhan, sungguh,bertapa terkejutnya aku di saat itu bagai tidak percaya rasanya, betapa aku merindui dirinya, betapa aku bersyukur dia masih ada di dunia ini.

Lantas dia mengeluarkan sebuah sampul surat yang sudah nampak lusuh dan agak berusia. Dia mengeluarkan kertas itu dan terus membukanya. Dia membacakan setiap kata-kata yang tertulis di atas kertas itu di hadapan ku. Dan tanpa kusedari aku menitiskan air mata, aku benar-benar terharu,sungguh aku terharu.

"Azman, jika bukan kerana setulus hati mu menulis kerana Allah dalam setiap tulisan ini , pasti Siti takde lagi di dunia ni, mungkin Siti dah pergi dalam kekufuran. Terima kasih Azman kerana mengambil berat saat Siti tersesat. Maafkan Siti kerana pergi tergesa-gesa tanpa sempat diri ini mengucapkan selamat tinggal. Maafkan Siti,"


Aku hanya mengangguk dan entah mengapa mulut ku dengan sendiri berbicara, "Siti,sudikah Siti menjadi isteri Azman."Setulus hati Azman katakan Azman ingin menjadi bahu kepada Siti untuk berkongsi segala suka dan duka" Siti tak mampu berkata-kata, hanya mengangguk tanda setuju. Tak ku sangka, perpisahan yang lama membuahkan pertemuan yang seistimewa ini, lantas menghubungkan pertalian yang lebih erat bak sepasang merpati terbang sejoli, membelah angkasa raya membina hidup baru bersama setelah 10 tahun berpisah kerana niat cintanya hanya kerana Allah semata-mata.

Itulah ketulusan hati membuatkan kita sentiasa di hargai,diberkati Allah kerana dengan keiklasan jua membuatkan hati kita lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta!

cerpen Izinkan Ku Pergi

Ini surat dari seorang ibu yang sayu hatinya.
Linangan air mata bercucuran deras bersama tersusunnya surat ini. Ibu lihat engkau lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kau boleh membuang surat ini setelah itu, seperti saat engkau meremukkan kalbu ibu sebelum ini.

Sejak doktor memberitahu tentang kehamilanmu, ibu berbahagia. Ibu sangat memahami makna ini dengan baik. Awal kegembiraan dan sekaligus perubahan demi perubahan berlaku pada ibu. Sembilan bulan ibu mengandungkan mu. Seluruh aktiviti ibu jalani dengan susah payah kerana mengandungkan mu. Meski pun begitu, tidak mengurangi kebahagiaan ibu. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian ibu lihat di depan mata ibu saat kau dilahirkan. Jeritan tangismu menitiskan air mata kegembiraan buat kami.

Berikutnya, ibu seperti pelayan yang tidak pernah istirehat. Kepenatan ibu demi kesihatanmu. Kegelisahan ibu demi kebaikanmu. Harapan ibu hanya ingin melihat senyum sihatmu.

Masa remaja pun engkau melusuri kini. Kejantananmu semakin terlihat, Ibu pun berikhtiar untuk mencarikan seorang gadis yang akan mendampingi hidupmu. Kemudian tibalah saat engkau menikah. Hati ibu sedih atas kepergianmu, namun ibu tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru.

Seiring perjalanan waktu, ibu merasa engkau bukan anak ibu yang dulu. Hak pada diri ibu telah kau lupakan. Sudah sekian lama ibu tidak bersua, meski pun melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam perkara. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski pun hanya beberapa minit saja untuk melihat anak kesayangan ibu.

Ibu sekarang sudah sangat uzur. Pinggang sudah membongkok, gemetar sering bersama tubuh dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepada ibu.

Anakda permata hati ibu..
Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan tak henti-henti berterima kasih kepadanya. Sementara ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu? Ibu tertanya-tanya, dosa apakah yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu? Baiklah, anggap Ibu sebagai pembantu, mana upah Ibu selama ini?


Anakda cahaya hati ibu...
Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bila tiba saatnya kau akan merasakan dengan apa yang ibu rasakan pada waktu ini baru kau sedar akan peritnya dirundung kerinduan, sekaligus duka dan kesedihan? Ibu tidak tergamak untuk mengadu kedukaan hati ini kepada Dzat yang Maha Tinggi. Ibu juga tidak akan menceritakan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan mengheratmu kepada kedurhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya.

Anakda jiwa raga ibu...
Walaupun bagaimanapun engkau masih buah hatiku, bunga kehidupan dan permata cahaya diriku...

Anakda permata cinta ibu...
Perjalanan tahun demi tahun akan menumbuhkan uban di kepalamu. Dan setiap balasan dari jenis amalan yang dikerjakan. Nantinya, engkau akan menulis surat kepada keturunanmu dengan linangan air mata seperti yang Ibu alami. Di sisi Allah, kelak akan berhimpun sekian banyak orang-orang yang mengecewakan.

Anakda yang amat ibu sayang...
Takutlah engkau kepada Allah kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekatlah air mata ibu, ringankanlah beban kesedihan ibu. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin merobek-robek surat ini. Ketauhilah, "Barangsiapa beramal soleh maka itu buat dirinya sendiri. Dan orang yang berbuat buruk, maka itu (juga) menjadi tanggungannya sendiri."

Anakda yang ibu rindui...
Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat tiba hari kelahiran yang sangat mencemaskan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah bercucuran tumpah, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusu. Ingatlah belaian sayang dan keletihan. Ingatlah saat engkau sakit. Ingatlah..... ingatlah..... kerana itu, Allah menegaskan dengan wasiat: "Wahai, Rabbku, sayangilah mereka berdua seperti mereka menyayangiku waktu aku kecil."

Anakda dengarlah kini...
Allah berfirman, "Dan dalam kisah-kisah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal..." (Yusuf: 111)
Pandanglah teladan dalam Islam, supaya engkau memperolehi gambaran bakti anak kepada orang tuanya."

Penulis:Arakian

Jom berpantun !

gemuruh tabuh bukan kepalang,
diasah lembing berkilat2
gementar tubuh harimau belang,
nampak kambing pandai bersilat.

anak cina menggali cacing
mari diisi dlm tempurung,
penjual sendiri tak kenal dacing
alamat jualan habis diborong.

biduk buluh bermuat tulang
anak siam pulang berbaris,
duduk mengeluh panglima helang,
melihat ayam bercengkang keris.

buah jering dari jawa,
naik sigai ke atas atap,
ikan kering lagi ketawa,
dengar tupai baca kitab!
Lebuhraya kota bersegi,
tempat dating dara teruna,
hodohnya ketawa org tak b'gigi,
Ibarat kota tiada kubunya.

padi huma di bukit tinggi,
tiba musim ia dibajak,
melihat sang bangau sakit gigi,
gelak terbahak penghulu katak.

bapa gergasi menebar jala,
pegang tali melintuk-liuk
masakan pengerusitak garu kpala,
melihat ahli semua mengantuk.

buah salak di rumah tok imam,
sirih sekapur dibawa berjala,
anjing menyalak harimau demam,
kucing di dapur pning kepala!!!

Untitled post!















hye!malam niy x de tajuk.. :),lama sudaa blog x berupdate.. :),jom serang the smurfs.. !